Cuckoo Malaysia

SEOUL: Cuckoo International Malaysia Sdn Bhd ( Cuckoo Malaysia ) menyasarkan untuk mengukuhkan perniagaannya di Malaysia dengan membuka lebih 50 kedai jenama Cuckoo menjelang akhir tahun bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk produk pembersih air dan periuk nasi.

Syarikat itu adalah sebahagian daripada pengeluar perkakasan kecil kediaman Korea Selatan. Cuckoo, yang memulakan operasinya di Malaysia kira-kira 10 bulan lepas. Sejak itu, Cuckoo mencatat pertumbuhan 200 peratus dalam jualan pembersih air dan periuk tekanan elektrik pelbagai fungsi.

Cuckoo Malaysia

Perancangan Masa Depan

Ketua Pegawai Eksekutifnya. Hoe Kian Choon, berkata dalam tempoh dua bulan akan datang, syarikat itu ( Cuckoo Malaysia ) akan membuka enam kedai iaitu di Pulau Pinang (satu), Kuala Lumpur (tiga), Johor (satu), dan Sandakan (satu).

Ini membabitkan pelaburan awal antara RM50,000 dan RM100,000 untuk setiap cawangan.

Permintaan untuk pembersih air dan periuk nasi kami sangat menggalakkan dan dibuktikan dengan 7,000 pelanggan asas yang sudah diperoleh setakat ini.

“Kami yakin pasaran tempatan akan menerima sambutan baik kerana pengguna di Malaysia mementingkan standard kehidupan yang tinggi,”

katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian usaha sama (JV) dengan Cuckoo Korea Electronics di sini sempena lawatan media ke Korea Selatan dari 6 hingga 12 September. JV itu akan membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan sumber masing-masing selain menyediakan produk khusus untuk pasaran tempatan.

Majlis ini turut dimeriahkan oleh popular pelakon Korea Selatan, Kim Soo-Hyun yang menjadi duta baharu jenama itu untuk pasaran antarabangsa. Hoe berkata, Cuckoo International Malaysia kini mempunyai 37 cawangan di seluruh negara.

“Berdasarkan perancangan yang sudah disusun. kami juga merancang membuka lebih 200 kedai jenama itu di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata, syarikat itu akan menimbang untuk membuka kilang di Malaysia jika jualan produk paling laris, mendapat sambutan yang baik.

“Ini adalah sebahagian daripada rancangan lima tahun kami. termasuk mendirikan kilang disini sekiranya angka jualan kami mencapai tahap tertentu,”  katanya.

Selain menjual produk, syarikat itu juga akan menyediakan kemudahan penyewaan produk penulen air dan periuk nasi pada harga RM50 sehari.

Sasaran dan Pasaran Luas

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Electronics Co Ltd, Koo Bon Hak berkata syarikat itu menyasarkan untuk menggandakan kapasitinya kepada 100,000 unit daripada 60,000 unit kini untuk kedua-dua produk jualan utamanya.

Beliau berkata, syarikat itu mahu menjadi pengeluar perkakas rumah antarabangsa menerusi pembesaran kilang pembuatan baharunya di Korea Selatan. “Kerja-kerja pembesaran kilang akan siap pada akhir tahun depan,” kata Koo.

Di Korea Selatan, periuk nasi Cuckoo adalah jenama paling laris dengan eksport bernilai US$16.3 juta (US$1>RM4.29) tahun lepas, meningkat 85.3 peratus berbanding 2013. – BERNAMA

Cuckoo Malaysia sedang berkembang dengan sangat Pesat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/80605

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *